SUKAN LAIN
Penantian gelanggang latihan skuad snuker, billiard akhirnya tercapai
Presiden Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF), Melvin Chia, merancang untuk mewujudkan akademi latihan kebangsaan selepas penantian tujuh tahun untuk memiliki pusat latihan sendiri akhirnya tercapai.
Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk meminjamkan peralatan yang digunakan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Langkah itu memudahkan MSBF untuk mengadakan latihan skuad kebangsaan, termasuk membentuk sekelompok pemain muda sebagai pelapis skuad kebangsaan.
"Kami ingin berterima kasih kepada MSN kerana sudi melepaskan meja-meja snuker ini buat sementara waktu kepada pemain kami yang sebelum ini berlatih di merata tempat.
"Ini akan memudahkan pemain untuk berkumpul di satu tempat yang sesuai.
"Selain itu, kami akan mengadakan program pembangunan untuk mencari bakat baru kerana atlet yang ada ketika ini sudah berusia dan jangka hayat karier merekapun sudah tidak lama," kata Melvin.