Skip to main content

Sukan Lain

Penampilan semula Welson Sim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

welson3.png
Welson Sim antara perenang senior bakal buat penampilan semula di pentas antarabangsa.

Welson sememangnya cukup di kenali di kalangan perenang muda negara, malah masih menjadi idola mereka ketika ini.

Pengaruh Welson juga amat penting untuk menarik minat ramai lagi muka-muka baru agar lebih meminati sukan renang.

Oleh itu, Malaysia Swimming ambil inisiatif menghantar Welson dan empat lagi perenang senior seperti Chan Jie, George Ng, Terence Ng dan Phang Wei Xian ke Kejohanan Peringkat Umur Asia di Filipina hujung bulan ini.

"Kami mahu lebih banyak kejohanan untuk perenang senior juga, kerana sebelum ini lebih memberi fokus kepada muka baru dalam pada masa yang sama ada perenang senior yang masih kompetitif di peringkat antarabangsa,
kata Penolong Setiausaha Persekutuan Renang Malaysia, Nurul Huda Abdullah.

"Jika perenang berusia masih mampu bersaing dan beri cabaran, ia baik untuk persekitaran sekali gus baik untuk pasukan, kata Pengarah Teknikal Persekutuan Renang Malaysia, Megan Oesting kepada Nadi Arena."

Persekutuan Renang Malaysia juga berhasrat memperbanyakkan lagi penyertaan di kejohanan luar dan domestik, berbanding sebelum ini.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video