Skip to main content

Hoki

Pemilihan skuad hoki negara: Aspek kecergasan fokus utama fasa pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-saiful-zaini.jpg
Ketua jurulatih baru skuad hoki remaja Malaysia, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, menyenarai 37 pemain muda yang berjaya melepasi fasa pertama pemilihan untuk memperkuatkan jentera kem negara menjelang Piala Dunia Hoki Remaja pada 29 November sehingga 10 Disember depan.

Menurut Nor Saiful Zaini, kecergasan pemain negara masih tampak berbeza berbanding kuasa-kuasa besar arena hoki antarabangsa lain dan masih memerlukan peningkatan yang ketara.

"Kecergasan pemain semasa perlawanan sangat-sangat penting sebenarnya. 

"Sebelum pemain mencapai tahap kecergasan yang bagus untuk perlawanan, mereka perlu menguasai tahap kecergasan asas dahulu.




"Tengoklah lawan kami, kalau kami lawan pasukan yang bagus maka kami sememangnya memerlukan tahap kecergasan yang lebih baik," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena.

Namun, bekas tonggak negara itu masih kekal optimis dan meyakini bahawa pertumbuhan pemain lebih mudah dibentuk di peringkat remaja serta tidak memerlukan tempoh yang lama.

Nor Saiful Zaini turut memaklumkan bahawa beberapa jurulatih daripada Program Pembangunan Thunderbolts bakal direkrut untuk menambah baik struktur latihan yang akan dilaksanakan.

"90 peratus daripada pemain-pemain ini pernah berada di bawah program itu jadi mudah mereka nak ikut latihan daripada jurulatih baru. Ini sangat memudahkan saya," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video