Skip to main content

Sukan Lain

Pemilihan ke Piala Ryder atasi luar biasa -- Woods

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

woods.jpg
Tiger Woods menganggap peluangnya bermain dalam Piala Ryder sekali lagi sebagai “mengatasi keluarbiasaan” selepas dia dinamakan sebagai seorang daripada tiga pilihan kapten, Jim Furyk, untuk kejohanan di Paris kali ini.

Piala Ryder 2018 akan berlangsung di Le Golf National pada 28 September ini.

Woods, yang dibelenggu kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan, bangkit daripada satu siri pembedahan belakang untuk kembali menghampiri prestasi terbaiknya tahun ini.

Dua penyudahan dalam kelompok enam teratas dalam kejohanan utama adalah petunjuk sejauh mana Woods telah meningkat kembali, dengan mendaki dari tangga ke-668 dalam ranking dunia ke tangga ke-26 ketika ini.

Bekas pemain nombor satu dunia berusia 42 tahun itu akan tampil bermain dalam Piala Ryder buat kali kelapan dan yang pertama sejak 2012 selepas membuat penampilan sulungnya pada 1997.

“Saya tidak menjadi sebahagian pasukan selaku seorang pemain selama enam tahun,” kata Woods dalam satu sidang akhbar sambil diapit dua pemain lain -- Phil Mickelson dan Bryson DeChambeau --yang turut menjadi pilihan kapten.

"Saya adalah penolong kapten (yang tidak bermain) beberapa tahun lalu dan adalah menakjubkan untuk menjadi sebahagian pasukan ketika itu, untuk membantu pemain-pemain muda dengan apa cara yang saya mampu.

"Sama ada ia dalam menyusun pasangan, jenis kasut, sandwich atau air minum, apa saja yang mereka perlukan, saya ada di sana. 

"Untuk mendapat penghormatan bermain semula, ia sesuatu yang mengatasi keluarbiasaan,” katanya.

Woods menambah: “Pada permulaan tahun ini, salah satu sasaran saya ialah untuk terpilih ke dalam pasukan ini.

“Saya mendapat panggilan telefon daripada Jim yang bertanyakan sama ada saya berminat menjadi penolong kapten. Saya menjawab sudah tentu, apa saja yang dapat membantunya. Tapi jauh di sudut hati, saya mahu terpilih sebagai pemain. Saya benar-benar mahu bermain.

“Untuk merenung semula kepada permulaan tahun ini, dan untuk mencapai impian menjadi sebahagian pasukan tahun ini, seperti yang saya katakan… ia mengatasi keluarbiasaan.”

Furyk mengungkapkan: “Saya fikir kami semua amat teruja. Ia sesuatu yang hebat untuk mendapatnya sebagai seorang pemain semula.”


 

Advertisement

Must Watch Video