Skip to main content

Sukan Lain

Pemenang pingat emas Sukma Sarawak 2024 juara sirkit kedua Junior Development Programme

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdp.jpg
Sirkit kedua Junior Development Programme (JDP) 2025 yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyaksikan atlet kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Kok Hui Ying, muncul juara lumba jalan kaki kategori terbuka wanita 3 kilometer (km).

Pemenang pingat emas 10 km jalan kaki Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 itu nyata teruja untuk mendominasi perlumbaan, namun mengakui masih banyak aspek yang perlu ditingkatkan terutamanya daripada segi kecergasan fizikal.

Atlet berusia 20 tahun itu turut berharap dapat memperbaiki catatan peribadi terbaiknya dalam acara berkenaan dengan catatan masa 57 minit dalam Kejohanan Terbuka Malaysia yang bakal diadakan penghujung Ogos ini di Kangar, Perlis.

"Pesaing hari ini sangat mencabar.

"Saya kekurangan masa untuk memanaskan badan sebelum bermula, selain latihan peribadi yang agak tidak mencukupi.

"Tetapi, saya tetap menghabiskan larian dengan keadaan baik tanpa sebarang kecederaan. 

"Saya harap dapat melakukan yang terbaik, kerana sudah lama tidak beraksi dalam Terbuka Malaysia," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video