Skip to main content

Sukan Lain

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 98 kini terlantar di hospital hidap penyakit seperti Supermokh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

g-saravanan-sakit-mnd.jpg
Bekas pemenang emas acara 50km jalan kaki Sukan Komanwel 1998, G. Saravanan, kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Saravanan, 55, dilaporkan menghidap penyakit Motor Neurone Disease (MND), penyakit sama seperti yang dihidapi legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh).

MND merupakan penyakit yang menyebabkan kelemahan otot dan akan menjadi lebih teruk selama beberapa bulan atau tahun. Ia biasanya memendekkan hayat dan buat ketika ini, ia tiada penawar tetapi rawatan di hospital boleh membantu menguruskan gejalanya.

Saravanan mencuri hati rakyat Malaysia apabila dia melupakan kesakitan kekejangan otot kaki untuk meneruskan saingan sehingga ke garisan penamat selaku pemenang emas dalam Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada 1998.

Ia merupakan pingat emas ke-10 kontinjen negara dalam temasya itu, di mana Malaysia menamatkan saingan selaku kontinjen keempat terbaik keseluruhan.
 

Advertisement

Must Watch Video