Pemegang rekod dunia, Kelvin Kiptum meninggal dunia di usia 24 tahun

Fatin Syazwani
Februari 12, 2024 08:53 MYT
Perkhabaran duka dunia sukan apabila pemegang rekod dunia maraton, Kelvin Kiptum, meninggal dunia bersama jurulatihnya dalam kemalangan jalan raya semalam.
Atlet berusia 24 tahun itu, yang memenangi Maraton London pada APril sebelum melakar rekod baru di Chicago pada October, dilaporkan oleh polis kehilangan kawalan kenderaannya ketika memandu di Kaptagat, barat daya Kenya, pada pukul 11 malam waktu tempatan.
Jurulatihnya, Gervais Hakizimana, turut meninggal dunia dalam nahas itu, manakala orang ketiga di dalam kenderaan dikatakan dikejarkan ke hospital.
Kiptum merupakan pelari pertama yang berlari maraton dalam masa kurang dari 2 jam, 1 minit. Dia mencipta rekod dunia baharu 2:00.35 di Chicago Marathon pada bulan Oktober, menewaskan rakan senegara Kenya Eliud Kipchoge.
Rekod Kiptum telah disahkan oleh persekutuan trek antarabangsa World Athletics minggu lalu.
Presiden persekutuan olahraga Kenya, Jackson Tuwei berkata beliau telah menghantar sepasukan pegawai ke kawasan itu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga, adalah antara yang memberi penghormatan, menulis di X, “Berita yang mendukacitakan ketika kami meratapi kehilangan individu yang luar biasa, Kelvin Kiptum, pemegang rekod dunia dan ikon olahraga Kenya. Bersama-sama dengan jurulatihnya, mereka meninggal dunia secara tragis dalam kemalangan malam ini. Negara kita berduka atas kehilangan seorang wira sejati.”
Peningkatan kemasyhuran untuk bapa kepada dua anak itu adalah sangat pantas kerana beliau hanya berlari maraton penuh pertamanya pada 2022.
Kiptum bertanding dalam pertandingan utama pertamanya empat tahun sebelum itu berlari dengan kasut yang dipinjam kerana dia tidak mampu membeli sepasang kasutnya sendiri.
Beliau merupakan antara pelapis baharu atlet Kenya yang memulakan karier mereka di atas jalan raya, melepaskan diri daripada tradisi lalu atlet bermula di trek sebelum beralih ke jarak yang lebih jauh.
Kiptum memberitahu BBC tahun lalu bahawa pilihan luar biasanya hanya ditentukan oleh kekurangan sumber.
"Saya tidak mempunyai wang untuk melakukan perjalanan untuk sesi berlari di trek," jelasnya.
#Olahraga #Kenya #Kelvin Kiptum
;