Skip to main content

Sukan Lain

Pembentangan Belanjawan 2026: Gimnasium komuniti tagih perhatian tanpa kerajaan perlu keluar kos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pemilik-gimnasium.jpg
Pengusaha-pengusaha gimnasium komuniti, mengharapkan ada sinar bagi mereka menjelang Pembentangan Belanjawan 2026 esok dalam usaha melangsungkan perniagaan atas sebab caj tambahan yang perlu ditanggung.

Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia, K. Krishnakumar, mengharapkan pelepasan cukai dan juga penambahbaikan daripada segi kewangan buat gimnasium komuniti.

"Kami mengharapkan kerajaan lebih fokus kepada industri kecergasaan. 

"Kami berharap mendapat pengecualian SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) daripada pemilik bangunan.

"(Justeru) kerajaan tidak perlu keluarkan duit yang banyak untuk gimnasium komuniti. Kami adalah (organisasi) yang rapat dengan komuniti dan galakkan orang untuk bersenam (jadi) kerajaan tidak perlu buka gimnasium lagi. 

"Kami mengutamakan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas jadi berharap diberikan pengurangkan cukai SST dan pengecualian cukai.

"Malah, banyak gimnasium yang masih terkesan dan sudah gulung tikar meskipun penularan COVID-19 sudah lima tahun berlalu," katanya. 



 
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video