TENIS
Pemain Russia, Belarus masih boleh bertanding
Pemain Russia dan Belarus termasuk pemain nombor satu dunia ATP, Daniil Medvedev, masih dibenarkan bersaing dalam siri Jelajah dan Gand Slam biarpun Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) telah menggantung pasukan negara itu.
Jaguh Russia, Medvedev, dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia buat pertama kali kelmarin walaupun kejayaan itu hadir di tengah-tengah konflik berterusan di antara negaranya dan Ukraine.
Sementara itu, Belarus turut terkesan kerana memberi kerjasama kepada Russia sekalipun sekalipun Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, telah menegaskan tentera negara tersebut tidak akan memainkan apa-apa bahagian dalam mana-mana operasi pencerobohan berkenaan.
Kerajaan dan organisasi di seluruh dunia termasuk badan pentadbir sukan telah bertindak balas dengan mengenakan sekatan ketat terhadap negara Eropah itu dan individu tertentu yang mempunyai kaitan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, malam tadi badan induk tenis (ITF, ATP, WTA dan empat pengajur Grand Slam) mengumumkan sekatan mereka yang tersendiri.
Selain Medvedev, pemain Russia dan Belarus yang lain termasuk Andrey Rublev dan pemain nombor tiga dunia WTA, Aryna Sabalenka, akan turut dibenarkan bertanding dalam Jelajah lelaki dan wanita termasuk empat Grand Slam tetapi mereka perlu beraksi di bawah panji berkecuali dengan bendera setiap negara itu diharamkan.
Bagaimanapun, kejohanan WTA dan ATP di Moscow yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan telah digantung.