Pelumba TSG punyai peluang cerah ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Aleqha Zainal
November 18, 2024 19:42 MYT
November 18, 2024 19:42 MYT
Setelah Terengganu Cycling Team (TSG) melengkapkan Kejuaraan Jelajah Asia buat kali keenam dan kali keempat berturut- turut dari 2021 hingga 2024, kini dalam rentak terbaik untuk meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.
Untuk rekod, tiga nama besar dalam sukan ini yang pernah bersaing di Olimpik iaitu M. Kumaresan di edisi 1988 dan 1992 serta Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa yangt mewakili negara pada edisi 2012.
Selain itu, Aisyah Mohamad Zubir juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba wanita negara pertama layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Terengganu Cycling Team (TSG) antara pasukan yang peluangnya lebih cerah untuk pelumba berkelayakan seperti Aiman Zharif, Aiman Rosli untuk pergi ke Sukan Olimpik Los Angeles.
"Jadi, apa yang harus pasukan dilakukan adalah pelumba tempatan kita harus berjaya menghabiskan pelumbaan mereka dan menamatkan kedudukan dalam 10 kelompok teratas untuk saingan seperti UCI dengan status 2.1 atau 2.2 pelumbaan.
Aiman Rosli selaku dua kali juara ujian masa Kejohanan Kebangsaan menyatakan segala usaha akan dikerah bagi mencapai misi untuk layak ke Olimpik LA 2028 nanti.
"Aiman masih kayuh untuk kekalkan kecergasan bagi menghadapi musim 2025. Untuk mancari mata, pasukan TSG akan menghantar banyak pelumba ke Asia atau Eropah untuk pelumba cari mata ke Olimpik kerana itulah peluangnya. Itu sasaran setiap pelumba dan cita-cita untuk ke Sukan Olimpik." tambahnya.