Skip to main content

Permotoran

Pelumba muda berbakat sukan permotoran meninggal dunia akibat kemalangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alsina.jpg
Dunia permotoran dikejutkan dengan pemergian pelumba muda berbakat dari Catalonia, Pau Alsina, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terjatuh ketika sesi latihan di Litar MotorLand Aragon.

Menurut laporan, pelumba yang berusia 17 tahun itu terpelanting daripada jentera yang ditunggang kemudian mengalami hentakan kuat di bahagian kepala. 

Pau dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan, namun tidak berjaya diselamatkan.

Alsina mewakili pasukan Estrella Galicia dalam saingan JuniorGP anjuran FIM. 

Dia merupakan antara bintang muda paling menyerlah, dengan pencapaian terbaik tempat kelapan di Jerez dan dua podium dalam Kejohanan Itali termasuk di Vallelunga baru-baru ini.

Pemergian Pau satu kehilangan besar buat dunia sukan motosikal. 

Semoga keluarga dan pasukannya diberi kekuatan menghadapi saat sukar ini.

Kredit: mediatwowheels

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video