Barisan kempimpinan baru Persatuan Pelayaran Malaysia akan memulakan revolusi badan induk itu dengan memperkenalkan pendekatan terkini menuju kalendar sukan musim 2025.
Selain menekankan keterbukaan dalam mengendalikan kewangan persatuan -- ahli jawatankuasa baru juga optimis untuk mengecapi lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Kami telah menyenaraikan senarai kejohanan akan datang. Selain itu, kami juga menyediakan kem latihan menjelang Sukan SEA 2025 Thailand dengan menyediakan tiga peringkat.
"Pemilihan, mengukur prestasi dan latihan dalam dan luar negara bagi meletakkan satu penanda aras buat semua atlet yang terlibat.
"Dahulu, kami hanya fokus kepada wakil kebangsaan sahaja.
"Kini, kami menggalakkan atlet yang tidak ada dalam senarai program untuk kembali kepada kami.
"Sekiranya mereka mencipta kejayaan lebih baik daripada atlet kebangsaan, mereka yang akan mewakili negara pada masa akan datang," kata Setiausaha Kehormat PPM, Mohd Afendy Abdullah di Nadi Arena.
Najmi Iman
Wed Dec 04 2024