Atlet pelayaran negara, Ahmad Latif Khan Ali Sabri, mahu membutirkan pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina, sekali gus mengulangi kejayaannya dalam temasya itu, dua tahun lalu.
Ketika ini, Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) belum memuktamadkan senarai nama yang akan dipertaruhkan di Filipina, November depan.
Bagaimanapun, pelayar berusia 24 tahun itu berharap diberi peluang untuk beraksi dalam penampilan ketiganya di pentas Sukan SEA.
Sebelum ini, dia meraih kedudukan 10 terbaik dalam Kejohanan Pelayaran Eropah melalui kelaslaser radial yang berlangsung di Portugal, Mei lalu selain mengungguli tempat kedua dalam saingan Keel Boat Racing di Lumut, Perak, bulan lalu.
"Ia melibatkan dua kategori, iaitu fleet Racing dan mass racing. Saya menyertai mass racing dan menduduki tangga kedua untuk meraih slot kelayakan," katanya.
Dalam masa sama, dia mengakui masih mahu mengekalkan tumpuannya dalam kelas laser radial yang dimenanginya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
"Kalau diberi peluang, sasaran saya adalah emas untuk Malaysia."