Skip to main content

Sukan Lain

Pelajar sekolah ambil SPM sertai skuad senior olahraga dalam kejohanan Asia di Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul.jpg
Impian remaja wanita bergelar atlet kebangsaan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi akhirnya tercapai selepas mempersembahkan usaha tanpa henti dan semakin mengukir nama sebagai salah seorang permata negara. 

Itulah cerita Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang bakal dipersiapkan selaku ratu pecut negara yang seterusnya.

Sebelum ini, Izzatul mencuri tumpuan dengan peningkatan prestasi secara mendadak, sekali gus mampu menjadi sandaran terbaik untuk menjadi pengganti kepada ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.

Pelari berusia 17 tahun itu merupakan jaguh pertandingan olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Sukan Malaysia (Sukma), Cahya Mata Sarawak Super Series, dan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN. 

Kelajuannya dalam acara pecut tidak boleh disangkal dan mampu mencipta rekod penting. 

Terbaru, pelumba sensasi yang diberi jolokan Muhammad Azeem Fahmi versi wanita itu tepilih ke Kejohanan Olahraga Asia di Korea Selatan bermula 26 hingga 31 Mei ini. 

 

Walaupun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong, dan harus membahagi masa terhadap program latihan, Izzatul terus menyinar di trek balapan.

Tidak dilupakan, dia merupakan satu-satunya pelajar sekolah yang terpilih menyertai kem senior dan akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. 

Ini merupakan pencapaian luar biasa buat dirinya dan berbesar hati menyertai kejohanan bertaraf senior pada usia masih muda.

Izzatul akan beraksi dalam acara 200 meter (m) dan 4x100m bersama Zaidatul Husniah, Azreen Nabila Alias, Afrina Batrisya Mohamad Rizal dan Aisyah Rofina Aling.

Advertisement

Must Watch Video