Skip to main content

Hoki

Peillat akui Malaysia kini lawan sukar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peillat-160617.jpg
Pemain sensasi Argentina, Gonzalo Peillat, menjangkakan pertemuan menentang Malaysia sebagai perlawanan yang sukar walaupun dia berjaya menjaringkan empat gol dalam pertemuan sebelum ini.

Peillat kini muncul penjaring terbanyak kejohanan selepas berjaya mencipta 12 jaringan, namun pemain berusia 24 tahun itu tetap menghormati skuad kendalian Stephen Van Huizen sambil mengakui prestasi pasukan Malaysia yang semakin meningkat.

“Kami menjaringkan banyak gol menentang mereka sebelum ini tetapi kami tidak boleh memandang mudah cabaran Malaysia.

“Pemain-pemain Argentina harus mempamerkan aksi terbaik tanpa memikirkan keputusan perlawanan sebelum ini,” kata Peillat.

Peillat juga muncul selaku penjaring terbanyak ketika membantu Argentina memenangi pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.

Selain Peillat, pemain seperti Maico Casella, Lucas Vila serta Matias Paredes juga berjaya mencatat nama selaku penjaring buat Argentina setakat ini dengan dua gol.

Advertisement

Must Watch Video