Pasukan mendayung UTHM rangkul pingat gangsa di China

Saufi Tahir
April 17, 2024 15:15 MYT
Pasukan mendayung negara yang dibarisi atlet pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Nanjing International Universities Rowing Regatta 2024, di Nanjing, China.
Temasya yang berlangsung sepanjang 13 hingga 14 April itu membuahkan hasil apabila pasukan mendayung UTHM berjaya menumpaskan pasukan universiti berprestij di dunia yang turut mengambil bahagian seperti Universiti Cambridge UK, Universiti Oxford UK, Universiti Hong Kong, Univerisit Chulalongkorn Thailand, untuk berada di tempat ketiga catatan masa 6 minit 51.24 saat dalam acara bot lapan lelaki M8+.

Pasukan mendayung negara yang dibarisi atlet pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Nanjing International Universities Rowing Regatta 2024, di Nanjing, China..Terbaik!! ?#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/qj8Hw1kuNB

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) dan Pusat Sukan Tumpuan (PST) mendayung Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-UTHM) selepas menjalani latihan selama dua bulan di Pagoh, Johor.
Kebanyakan atlet muda ini juga dalam persiapan rapi bagi menghadapi kempen Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.
#Mendayung #Regatta Rowing Universiti #UTHM
;