F1
Pasukan McLaren dominasi GP Sepanyol
Oscar Piastri menewaskan Lando Norris untuk meraih kemenangan di Grand Prix Sepanyol apabila Max Verstappen dilihat sengaja melanggar George Russell pada penghujung perlumbaan.
Pemanduan sempurna Piastri di hadapan membantunya melebarkan jurang pendahuluan kejuaraan kepada 10 mata mengatasi Norris, sekali gus merampas semula momentum selepas kemenangan rakan sepasukannya itu di Grand Prix Monaco tujuh hari lalu.
Namun, kisah sebenar perlumbaan ini tertumpu kepada juara dunia bertahan, dengan aksi terbaik dan terburuk Verstappen terserlah pada kedua-dua hujung perlumbaan.
Iklan
Namun, kemunculan 'Safety Car' di peringkat akhir mengubah sepenuhnya perlumbaannya, apabila Red Bull meletakkannya di atas 'Hard Tyre' yang kurang digemari, sekaligus mendedahkannya kepada ancaman daripada pelumba lain di belakang.Time for a siesta pic.twitter.com/EPiSjT9rFr— Oscar Piastri (@OscarPiastri) June 1, 2025
Sebaik perlumbaan disambung semula, Verstappen hampir hilang kawalan sepenuhnya sebelum kehilangan posisi kepada Charles Leclerc dari Ferrari di laluan lurus utama sebelum kedua-dua kereta bersentuhan.
Selepas itu, terlibat dalam satu lagi insiden dengan George Russell dari Mercedes di selekoh pertama. Verstappen mengekalkan kedudukannya, tetapi hanya selepas mengambil laluan keluar di selekoh tersebut.
Max Verstappen dikenakan tindakan penalti 10 saat dan mengakhiri perlumbaan GP Sepanyol di tempat ke-10
Must-Watch Video