Skip to main content

Sepak Takraw

Pasukan jemputan dari empat negara bakal rancakkan VSL 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

varsity.jpg
Penyelaras Varsity Sepak Takraw League (VSL), Mohd Razizi Midin, mengesahkan kejohanan musim ketiga kali ini akan kembali dianjurkan bermula 16 April depan.

Sebanyak tiga siri akan diadakan membabitkan Zon Selatan, Timur serta Utara sebelum aksi Grand Final yang kekal dilangsungkan di Putrajaya dari 29 Oktober hingga 1 November nanti.

Dia percaya VSL akan terus menjadi lubuk mencungkil bakat-bakat baru yang mampu diketengahkan bukan sahaja untuk peringkat Institusi Pengajian Tinggi, malah juga untuk prospek skuad sepak takraw kebangsaan.

Untuk edisi tahun ini, sebanyak 63 pasukan secara keseluruhan bakal bersaing bagi merebut gelaran kejuaraan dalam acara regu dan beregu.

"Kita masih mengekalkan acara double dan regu dengan mengambil kira  acara yang akan dipertandingkan di Sukan Universiti tahun depan. Masih lagi dengan dua acara ini.

"Dari segi penyertaan kami akan kemaskini, sambutan masih baik cuma ada cadangan di peringkat KPT untuk perkasa agar ada jemputan antarabangsa di suku akhir dengan sasaran universiti daripada Myanmar, Singapura, Thailand dan Indonesia.

"Kami mengharapkan penganjuran ini memenuhi calendar sukan sepak takraw dan IPT dan menyokong pembangunan sepak takraw negara. Paling penting ini rancangan persediaan universiti Malaysia dalam hadapi kejohanan dalam negara dan focus pada Sukan Universiti ASEAN dengan Malaysia sebagai tuan rumah." katanya.

Advertisement

Must Watch Video