Skip to main content

Sukan Lain

Pasukan bola tampar pantai wanita raih tempat ke-4

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolatampar.jpg
Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan bola tampar pantai wanita negara kerana berjaya menamatkan kempen Sukan Remaja Asia (AYG) Bahrain 2025 di tempat keempat selepas tewas tipis 2-1 kepada Kazakhstan.

Perlawanan sengit itu pada awalnya berpihak kepada skuad negara dengan keputusan 21-19, tetapi pihak lawan bangkit untuk menang aksi seterusnya 20-22, 12-15.

Pencapaian ini merupakan petanda cukup positif untuk sukan bola tampar pantai negara, dengan semangat perjuangan dan persembahan terpuji daripada dua atlet meningkat naik, Cadence dan Qariesya. 

Diharapkan mereka mampu meneruskan momentum ini dalam kejohanan seterusnya!
Protein Bar

Protein On-The-Go

Nikmati cara paling mudah dapatkan protein harian — cepat, sedap & mengenyangkan.


Cuba Sekarang

Advertisement

Must Watch Video