Pasangan suami isteri tunggang kapcai ke Paris demi sokong Malaysia

Saufi Tahir
Julai 20, 2024 19:43 MYT
Dari kaca televisyen ke arena pertempuran, itulah bukti semangat patriotisme pasangan suami isteri, Alfi Shahrin Zakaria dan Diana Latief yang menanam impian ke temasya Sukan Olimpik Paris 2-24 dengan hanya dengan menaiki motor kapcai.
Lahir dalam era kegemilangan 'The Sidek Brothers' menjadi pencetus semangat untuk melihat wakil negara beraksi secara langsung di depan mata sendiri.
Misi asal mereka adalah untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun kekangan daripada wabak Covid-19 yang melanda dunia menjadikan pelan itu tergendala dan kini bumi Paris menjadi destinasi seterusnya untuk merealisasikan mimpi mereka.
Lebih menarik tumpuan, komponen jentera Honda RSX 150cc yang digunakan sebagai kenderaan mereka adalah 100 peratus produk buatan malaysia.

??? ??????????? ????? – ??????? ????? ????? ????The Golf National will host 120 golf athletes for the Olympic Games Paris 2024, including two Malaysian golfers, Gavin Kyle Green OLY and Ashley Lau Jen Wen.#OlympicMAS#Paris2024 pic.twitter.com/7STa3lFmd3

— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) July 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mahu buktikan bahawa barangan buatan Malaysia boleh tahan lama dengan penjagaan dan penggunaan yang betul boleh sampai walaupun pemikiran masyarakat berbeza.
"Sekarang yang terkenal adalah Datuk Azizul Hasni Awang, jadi kami ingin melihat dia jika ada rezeki.
"Pada kami, menang kalah belakang cerita tetapi menyaksikan id depan mata lebih utama. Semangat untuk menyokong pasukan negara lebih utama." katanya kepada Nadi Arena.
#Sukan Olimpik Paris 2024
;