Paris Masters: Popyrin lakar kejutan, singkir Medvedev di pusingan kedua
King Hisyam
Oktober 31, 2024 14:46 MYT
Oktober 31, 2024 14:46 MYT
Pusingan ketiga Kejohanan Tenis Masters Paris semalam menyaksikan pemain dari Australia, Alexei Popyrin melakarkan kejutan selepas menunjukkan pintu keluar buat pilihan keempat kejohanan iaitu Danil Medvedev.
Aksi pukulan yang memukau dipamerkan oleh Popyrin yang mengerahkan bola ke setiap pelusuk gelanggang menyaksikan Medvedev terpaksa akur kepada pemain itu di set pertama dengan kekalahan 4-6.
Bagaimanapun Medvedev melakukan kebangkitan di set kedua untuk mengikat kedudukan dengan penguasaan gelanggang yang lebih kemas dengan menyaksikan dia berjaya mengheret permainan ke set penentuan selepas menang dengan 6-2.
Aksi lebih sengit dipamerkan oleh kedua-dua pemain itu di set ketiga dengan mata pendahulu sering bertukar tangan.
Hinggalah akhirnya Medvedev terpaksa juga akur dengan kehebatan Popyirin untuk membenarkan pemain itu menempah slot ke pusingan ketiga dengan kekalahan 6-7.
Dalam pada itu turut meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga adalah pemain dari Jerman, Alexander Zvarev yang tidak berdepan banyak masalah untuk mencatat kemenangan ketika turun berdepan dengan Tallon Griekspoor.
Zverev menang dalam aksi straight set dengan 7-6 dan 6-3.