OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Zii Jia kalung pingat kepada Bangmed
"Apa perasaan Zii Jia selepas menaiki podium dan dikalung pingat Sukan Olimpik?", tanpa sebarang saat memikirkan apa yang dirasai, pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, memberikan pengalaman yang menakjubkan buat wartawan bertugas, Shahrazad Sani atau lebih mesra dikenali Bangmed.
Zii Jia membuktikan atlet Malaysia memiliki semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk memastikan kemenangan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.
Terdahulu, beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut mencipta kemenangan dramatik untuk memenangi pingat gangsa sebelum Zii Jia mengikut jejak langkah sama.
Iklan
Must-Watch Video