SUKAN LAIN
Paris 2024: Vinesh Phogat, lambang penentang kezaliman gusti India
Fuh... macam dalam filem.
Beberapa tahun terakhir, Vinesh Phogat mengalami tekanan hebar dalam kariernya sebagai penggusti wanita.
Dia selangkah lagi untuk menikmati pingat emas tetapi dalam merintis kegemilangan dalam Sukan Olimpik Paris 2022 dengan mengetepikan Yusneylis Guzman Lopez dan juara bertahan dan dunia, Yui Susaki, dari Jepun yang mengekalkan rekod kebal 82 pertarungan antarabangsa.
Iklan
Dan olimpian India, Abhinav Bindra, mengingatkan orang ramai betapa cekalnya penggusti wanita berusia 29 tahun lalu.
Kecederaan ligamen, perlu bertanding dalam kategori 50kg berbanding 55kg yang menjadi kegemarannya, selain membuka mata dunia berhubung pendedahan kes serangan seksual mantan Presiden Persekutuan Gusti India (WFI), Brij Bhushan Sharan Singh.
Dia kemudian berdepan tekanan daripada pihak berkuasa ketika prostes jalanan berhubung salah laku itu yang semakin panas termasuk diseret dan ditahan.
"Buat penghina saya, masih ada banyak lagi yang boleh membuatkan kamu menjadi gila. Sabar sahajalah" tulisnya di X pada 12 Mac lalu.
Must-Watch Video