Veddriq Leonardo menghadiahkan pingat emas pertama buat Indonesia menerusi acara sport climbing selepas menewaskan jaguh dari China, Wu Peng, dalam saingan Sukan Olimpik Paris 2024, hari ini.

Dia berjaya dengan menamatkan dakian 15 meter dalam waktu 4.75 saat dengan dua saat sahaja membezakan dengan lawannya yang meraih pingat perak.


"Saya berasa sangat hebat. Ini adalah impian saya dan hari ini saya memastikan impian saya menjadi kenyataan. Seluruh Indonesia semestinya berasa bangga dengan pingat emas ini." Katanya.

Dalam pada itu, wakil Amerika Syarikat berusia 18 tahun, Sam Watson, berjaya memecahkan rekod dunia untuk membawa pulang pingat gangsa dengan catatan masa 4.74 saat.