Paris 2024: Untuk rakyat Malaysia, saya mohon maaf, kata Azeem Fahmi dengan juraian air mata
Saufi Tahir
Ogos 3, 2024 19:07 MYT
Ogos 3, 2024 19:07 MYT
Pelari muda negara, Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot dalam saringan kedua pusingan pertama di Stade de France sebentar tadi.
Walapun menamatkan saringan pertama pusingan kelayakan dengan catatan 10.42 saat, dia tidak berjaya untuk memperbaiki catatan masa itu dalam saringan kedua apabila terpaksa akur dengan rekod masa 10.45 saat.
Azeem luahkan perasaan kecewa selepas pusingan pertama tadi dengan catatan masa 10.46s sekaligus mengakhiri perjuangannya di Olimpik Paris ??@ASTROARENA #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/6AA6t4DiER
— Fariha Razak (@farihaarazak) August 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, sebelum ini dia komited untuk terus memburu kelayakan secara merit dalam temasya Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 nanti.
"Saya minta maaf tidak dapat pamerkan aksi terbaik hari ini. Bukan keinginan saya untuk lari begini dan bukan keinginan saya juga untuk lalui musim yang teruk seperti ini.
"Untuk rakyat Malaysia, saya Azeem Fahmi mohon maaf. Ini adalah proses pembelajaran terbesar dalam hidup saya, tiada siapa yang hadir ke sini untuk kalah." Kata Azeem Fahmi.