OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Tutup semua media sosial dan fokus, ikut cara Michael Phelps - Shalin Zulkifli
Berbaki 9 hari sebelum Olimpik Paris membuka tirai, bekas ratu bowling negara, Datuk Shalin Zulkifli beri nasihat ringkas tapi cukup padat buat 26 atlet yang bakal membawa nama negara di Paris.
'Tutup semua platform media sosial anda dan tumpu!'
Itu perkara mudah untuk di perkatakan namun perlaksanaannya tidak semudah ungkapan.
Iklan
Tegas Shalin, hanya menerusi satu ungkapan dari tingkap layar media sosial mampu mengubah kekebalan keyakinan seorang atlit tanpa sedar.
"Michael Phelps dia tak nak, saya pernah baca biografi dia seminggu sebelum ke Olimpik dia tutup semua media sosial dia sebab sekecil-kecil perkara 5%-10% boleh beri kesan kepada kita.
"Mungkin anda terbaca komen dekat sosial media macam orang kecam atau apapun terus daripada anda, yakin dengan apa yang anda nak buat percaturan tu boleh jadi meragukan.
"Macam saya semasa Sukan SEA 2017, saya memang tidak tengok sosial media, saya cubalah sebab saya tengok Michael Phelps dah buat kan, dia dah menang berbelas belas pingat, mesti ada sesuatu yang dia sudah laksanakan yang pastinya kita boleh belajar.
Bekas juara dunia ini turut mengingatkan kepada 15 atlit yang membuat penampilan kali pertama di Sukan Olimpik bahawa ini bukan lagi medan pendedahan.
Sekali anda sudah berada di olimpik, ia merujuk kepada prestasi terbaik sebagai atlit berprestasi tinggi dan bukan lagi platform mencari pengalaman, tegas Shalin.
"Tak semua orang dapat pergi Olimpik buat kali kedua dan semua peluang yang ada itu boleh jadi kali pertama atau kali terakhir buat anda.
"Jadi sasarkan ke arah paling maksimum bagi pendapat sayalah, macam kami bowling tiada di olimpik tapi kalau ada Olimpik pasti kami akan usaha sehabis baiklah.
"Saya rasa akan berhenti dari perasaan dan masuk baliklah untuk berjuang demi negara.
"Anda tidak akan tahu sama ada Olimpik seterusnya ada atau tidak? Macam Los Angeles kita tahu skuasy ada jadi kalau boleh ambil peluang ambil.
'Di masa akan datang kita tidak tahu sama ada sukan itu ada tau tidak, perturan baru dan sebagainya.
Must-Watch Video