Paris 2024: Trio negara harus waspada ancaman dari Korea, Eropah -- Mon Redee

Najmi Iman
Julai 15, 2024 19:42 MYT
Atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh, Nurul Azreena Mohd Fazil dan Ariana Nur Dania, di jangka mendapat saingan sengit dari Korea Selatan di pentas Sukan Olimpik Paris nanti.
Meskipun berhasil meraih pencapaian yang membanggakan mengumpul 27 pingat emas, sembilan pingat perak dan tujuh pingat gangsa secara keseluruhan namun, cabaran dari negara handalan tersebut pastinya akan menyukarkan laluan wakil negara itu.
Menurut Olimpian negara, Dr. Mon Redee, tumpuan juga harus terarah kepada wakil Eropah yang menunjukkan prestasi menakjubkan untuk menjadi pencabar trio recurve wanita kebangsaan.
Mon Redee juga melihat peluang lebih cerah buat trio memanah negara berbanding recurve individu wanita menerusi penampilan debut Ariana yang melayakkan diri secara merit, sebelum ini.
#Syaqiera Mashayikh #Sukan Olimpik Paris 2024 #Ariana Nur Dania #Mon Redee #Nurul Azreena Mohd Fazil
;