OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Tiada tiket tambahan buat Tze Liang, Malaysia kekal dengan 26 atlet
Penerjun senior negara, Ooi Tze Liang, difahamkan tidak dapat tiket tambahan untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini, demikian dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Ini kerana skuad terjun negara tidak diberikan slot tambahan itu oleh Akuatik Dunia.
Keadaan itu menyaksikan kontinjen negara kekal dengan 26 atlet berbaki 18 hari menuju ke temasya terbesar dunia berkenaan.
Tiada slot tambahan, penerjun negara Ooi Tze Liang terlepas peluang ke temasya Sukan Olimpik 2024. Kontinjen negara kekal 26 atlet ke Paris. @ASTROARENA pic.twitter.com/cXCgXUMDse— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 8, 2024
Must-Watch Video