Paris 2024: Terlepas podium, atlet golf menangis perlu jalani khidmat tentera

Ammar Hakim
Ogos 5, 2024 12:00 MYT
Tom Kim gagal memperoleh penamat podium dalam acara golf lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, walaupun menamatkan 13 di bawah par selepas empat pusingan.
Atlet berusia 22 tahun itu digambarkan menangis di rumah kelab di Le Golf National selepas pusingan terakhirnya. Dia bukan sahaja terlepas pingat Olimpik tetapi dia juga gagal mendapatkan pengecualian daripada perkhidmatan tentera di negara asalnya, Republik Korea.
Ia adalah undang-undang di Korea Selatan bahawa semua lelaki, mesti melengkapkan 18-21 bulan perkhidmatan tentera dan mereka mesti mendaftar sebelum umur 28 tahun.

???? Tom Kim is emotional in the scoring trailer. A podium finish was needed to avoid the prospect of mandatory military service. pic.twitter.com/4I7X0WGMhP

— NUCLR GOLF (@NUCLRGOLF) August 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024 #Tom Kim
;