OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Tak puas hati kanak-kanak seawal usia 1 tahun kena bayar tiket penuh
Pengunjung termasuk atlet yang membawa keluarga berasa bahang perbelanjaan sepanjang Sukan Olimpik di Paris berlangsung berikutan caj tiket yang tidak munasabah.
Baik peminat mahupun keluarga atlet sendiri terpaksa mengeluarkan kos lebih untuk tiket ke setiap venue pertandingan.
Bintang kayak Great Britan, Mathilda Hodgkins-Bryne, antara atlet yang dikenakan caj tambahan untuk membawa masuk anaknya, Freddie, menontonnya ketika beraksi.
Iklan
"Saya tidak pernah membayar tiket untuk Freddie sebelum ini. Dengan keriuhan sukan itu, saya perlu membawa Freddie, tetapi kami masih perlu membayar untuk itu," katanya.
Selain Mathilda, pelumba basikal trek, Dan Bigham juga meluahkan ketidakpuasan hati terhadap perkara itu.
"Nampak sangat tidak logik, saya terpaksa membeli tiket untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Walaupun dia mempunyai tempat duduk, tetapi pada usianya dia tidak mampu untuk duduk di tempatnya sendiri. Ia menjengkelkan," kata Bigham.
Kesemua penonton termasuk kanak-kanak pelbagai umur perlu ada tiket yang sah untuk memasuki setiap venue Olimpik dan itu adalah polisi yang ditetapkan oleh pihak tuan rumah yang berkuatkuasa dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Ironinya, polisi itu juga pernah diperkenalkan di Olimpik England 2012, namun mendapat sambutan dingin.
Must-Watch Video