Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Syaqiera Mashayikh pecah rekod peribadi di Paris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syaqiera_2.jpg
Pemanah recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh, memecahkan rekod peribadi terbaiknya dalam pusingan ranking individu, Sukan Olimpik Paris 2024 di Les Invalides sebentar tadi.

Atlet kelahiran Johor itu menghimpunkan 663 mata untuk menduduki tangga ke-14 keseluruhan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, dia berkata: "Saya tidak meletakkan sebarang sasaran, sebaik tiba di sini, saya hanya mahu mengosongkan minda saya.

"Kerana saya tahu cabaran di sini amat tinggi, jadi dengan mengosongkan minda, ia membantu saya untuk lebih tenang ketika melakukan panahan."

Sebagai rekod, ia merupakan penampilan kedua Syaqiera di pentas Sukan Olimpik selepas edisi Tokyo 2020.


 

Advertisement

Must Watch Video