Walaupun telah berbelanja sejumlah ASD2.2 bilion untuk kerja-kerja pembersihan, selain menyaksikan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, sanggup berenang di sungai Seine di tengah Paris, namun tahap dan kualiti kebersihan sungai tersebut tetap mendapat kritikan dan menimbulkan pertikaian dalam kalangan atlet dan pegawai yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
Sungai tersebut juga merupakan venue yang akan berlangsungnya acara 10 kilometer renang marathon lelaki dan wanita selain acara 1,500 meter acara triathlon dalam temasya Olimpik kali ini.
Beberapa atlet renang termasuk dari Australia turut mempersoalkan kualiti dan tahap keselamatan sungai berkenaan sebelum ini yang didakwa berisiko dan tidak mencapai tahap kualiti yang selamat.
Ia termasuklah soal isu pencemaraan kimia di sungai berkenaan selain statusnya sebelum ini di mana kerajaan tempatan telah mengharamkan sebarang aktiviti di sungai tersebut termasuk berenang sejak seratus tahun lalu.
Malah ketika ini tahap kualiti air di Sungai Seine didakwa masih lagi berbahaya dengan 75 peratus kualiti air tersebut masih dicemari dengan bakteria yang berbahaya.
Bagaimanapun Anne Hidalgo menafikan semua keritikan dan tuduhan tersebut dengan menyatakan ia kini telah dipulihkan sepenuhnya dan selamat untuk menjayakan kesemua acara yang telahpun dijadualkan pada temasya Olimpik kali ini.
Menurutnya operasi dan proses pembersihan terhadap Sungai Seine yang dilakukan telah mencapai tahap yang sempurna tanpa sebarang kecacatan dan telah melalui proses pemeriksaan berkala yang telah ditetapkan sebelum ini.