Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Sungai Seine masih tercemar, triathlon mungkin diubah ke duathlon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(21).jpg
Acara triathlon lelaki yang sepatutnya berlangsung pada selasa, telah ditangguh atas sebab yang diketahui ramai iaitu keadaan Sungai Seine yang masih lagi tercemar.

Dikatakan pula acara lelaki akan berlangsung sejurus selepas habis acara triathlon wanita.

Ketua Jurulatih Triathlon Hong Kong, Andrew Wright, sifatkan penangguhan acara ini beri impak yang sangat besar kepada atlitnya, Jason Ng Tai-long, yang bakal membuat debut olimpiknya di Paris.

"Mereka (penganjur) berkata rabu adalah masa terbaik untuk jalankan acara triathlon, jika masih gagal, mereka akan cuba melakukan acara itu Jumaat ini.




"Dikatakan juga jika ia tidak dilakukan pada jumaat, acara triathlon itu akan diubah menjadi duathlon (berbasikal & larian) dan kemungkinan untuk perkara itu terjadi adalah 50-50," kata Andrew.

Andrew menambah bahawa penganjur yakin akan jumlah bakteria akan menjadi normal buat beberapa hari ini. Namun, dengan ramalan cuaca baru-baru ini, dijangkakan akan ada lagi penangguhan buat acara itu.
 

Advertisement

Must Watch Video