Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Stadium serba ungu bakal jadi tumpuan upacara pembukaan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gnusd6axwaac_kl.jpg
Menjelang upacara pembukan Sukan Olimpik di kota cinta paris pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah perkara menarik yang akan ditampilkan oleh pasukan tuan rumah? 
Tidak lain dan tidak bukan tumpuan harus diberikan kepada stadium indah di Saint-Denis dengan trek ungu telah siap dibina dan boleh memuatkan 77,083 penonton dalam satu-satu masa.

Daripada upacara pembukaan yang unik dan pecah tanah sebelum ini, sehinggalah acara bola tampar pantai yang akan berlangsungdi bawah Menara Eiffel, apatah lagi acara meluncur di Tahiti, Paris 2024 akan menjadi sukan yang tiada tandingannya.

Dengan sejarah sejak zaman Rom, City of Lights dipenuhi dengan monumen ikonik dan kebanyakannya akan ditampilkan di antara tempat untuk Paris 2024. Satu kesitimewaan yang terbaik untuk dirasai oleh semua atlet dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di sana nanti. 

Sukan Olimpik bermula 26 Julai, manakala aksi balapan dan padang bermula pada 1 Ogos.

Ikuti perkembangan lanjut di Astro Arena. 
 

Advertisement

Must Watch Video