Paris 2024: Shelly-Ann Fraser-Pryce luah kekecewaan terlepas acara 100m
Ammar Hakim
Ogos 4, 2024 09:09 MYT
Ogos 4, 2024 09:09 MYT
Juara Olimpik tiga kali dari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce, telah meluahkan kekecewaannya yang mendalam kerana tidak dapat melangkah ke trek hari ini untuk separuh akhir 100 meter wanita di Sukan Olimpik Paris.
Penyokong ternyata terkejut apabila pengumuman dilakukan sebelum dia turun beraksi.
Fraser-Pryce, yang menjalani rawatan kecederaan lutut untuk musim 2024, dikhabarkan telah tiba lewat ke venue sebelum mengalami masalah ketika memanaskan badan.
Legenda Jamaica itu bakal bertembung dengan juara dunia, Sha'Carri Richardson dan pelumba St Lucian, Julien Alfred dalam separuh akhir sebelum acara itu dimenangi oleh Alfred.
Dalam catatan di akaun Instagramnya hari ini, Fraser-Pryce tidak menyatakan sebab mengapa dia tidak bertanding, cuma berkata sukar untuknya mencari kata-kata untuk menggambarkan kekecewaan yang mendalam.
"Saya tahu bahawa penyokong saya berkongsi dan memikul kekecewaan ini dengan saya," tulisnya.
Dia melahirkan rasa terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang terus diterimanya.
“Saya benar-benar bertuah kerana mendapat sokongan padu peminat saya sejak penampilan sulung saya di Olimpik pada 2008. Sokongan peminat saya, negara saya, dan komuniti yang lebih besar telah mengakarkan saya dalam rasa terima kasih yang tidak terhingga yang telah mengekalkan saya sepanjang kerjaya saya.”
Fraser-Pryce berkata imannya sentiasa menegaskan kepercayaannya dalam perjalanannya.
Ini adalah Olimpik terakhir Fraser-Pryce.