Sejarah tercipta dalam sukan olahraga hari ini apabila tiada wakil dari Jamaica yang berjaya melayakkan diri ke final acara 4x100 meter selepas negara itu selepas 20 tahun dalam saingan Sukan Olimpik.

Kuartet Jamaica yang terdiri daripada jaguh dunia seperti Ackeem Blake, Jelani Walker, Kishane Thompson dan pemenang pingat perak 100m Jehlani Gordon tidak berjaya meneruskan dominasi negaranya dalam sukan itu.

Kuartet itu terpaksa berpuas hati apabila sekadar menamatkan latian di kedudukan keempat dalam pusingan kedua separuh akhir dengan catatan masa 38.45 saat dibelakang China, Perancis dan Kanada.