OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Saya tidak sangka dapat ke pusingan kedua -- Syaqiera Mashayikh
Pemanah recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh, berpuas hati dengan prestasinya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 biarpun tersingkir dalam pusingan kedua acara individu di Les Invalides semalam.
Tambah pemanah berusia 23 tahun itu, dia bersyukur dan tidak sangka dapat layak ke pusingan kedua menerusi penampilan keduanya dalam temasya berkenaan.
"Alhamdulillah, saya juga tidak sangka akan lepas ke pusingan kedua," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
Iklan
"Saya hanya melakukan yang terbaik, jaga kemahiran saya dan tidak sangka boleh sampai ke tahap ini.
"Bagi saya, prestasi saya ada peningkatan berbanding sebelum ini dan saya berpuas hati dengan prestasi saya."
Cabaran Syaqiera di Paris tamat setelah tewas penentuan shoot-off kepada pemanah Brazil, Ana Luiza Sliachticas Caetano, selepas kedudukan terikat 5-5.
Must-Watch Video