Selepas hampir 20 tahun mengabadikan diri buat sukan terjun, Nur Dhabitah Sabri menegaskan perlu waktu untuk mencerminkan hala tuju kerjaya.

Dhabitah mahu Malaysia tahu, setiap kudrat yang ada sudahpun diberikan selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Paris 2024.

Dhabitah yang beraksi di bawah status 'wildcard' menerusi peruntukan kuota lebihan ke Paris 2024 tetap berupaya ke pentas final 3 meter papan anjal wanita di sebalik persiapan singkat.

Malah selepas dua terjunan pertama di Pusat Akuatik Paris, Dhabitah berada di kedudukan podium.

Aksi kurang memuaskan pada terjunanan ketiga dan keempat menjejaskan peluang Dhabitah untuk menghampiri pencapaian tamat aksi Tokyo 2020 di tempat keempat.

Akur sudah mengerah segala keringat dan kudrat yang ada, Dhabitah menegaskan perlu waktu untuk berehat seketika.



Dan ini mesej Dhabitah untuk rakyat Malaysia yang yang menjadi sandaran semangat sehingga menjulang status dia sebagai Olimpian tiga kali buat negara.