Paris 2024: Saya minta maaf Malaysia -- Shah Firdaus

Ammar Hakim
Ogos 11, 2024 20:36 MYT
"I'm sorry Malaysia", itu petikan kata-kata pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, susulan terlepas peluang membutirkan pingat dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris sebentar tadi.
Pelumba berusia 32 tahun itu lolos ke final di sebalik penyingkiran Datuk Azizulhasni Awang dan berada dalam kedudukan yang baik untuk membutirkan pingat buat kontinjen negara.
Malangnya, di selekoh terakhir berlaku insiden yang tidak diingini apabila Shah Firdaus terjatuh susulan berlaku pelanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Jack Carlin dari Great Britain.
Pelumba berusia 28 tahun itu kemudian bangkit meneruskan perlumbaan untuk menamatkannya di tempat keempat.
Bagaimanapun, keputusannya dibatalkan untuk Shah Firdaus menamatkan saingan di tempat keenam.
Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Asutralia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

Pelumba berbasikal negara, Muhammad Ridwan Sahrom adik kepada Shah Firdaus, gagal menahan sebak melihat pengakhiran kurang sempurna abangnya di pentas Olimpik kali ini.‘Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku …’@ASTROARENA pic.twitter.com/wKIeeWDW7U

— FinaNasrom (@fnasrom) August 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan Olimpik #Shah Firdaus Sahrom #Berbasikal trek #Paris 2024
;