Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Satu lagu Celine Dion bernilai RM9 juta? IOC tampil dengan penjelasan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

celine-dion-paris-olympics-1-072624-ba12fea67945451bba45454a6b3b9f4d.jpg
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tampil membalas dakwaan yang mengatakan kos persembahan untuk sebuah lagu disampaikan Celine Dion adalah bernilai ASD2 juta (RM9.1 juta).

Penyanyi legenda terkenal dunia itu menyampaikan persembahan 'L'Hymne A L'Amour' Edith Piaf dibawah mercu tanda kota Paris, iaitu Menara Eiffel pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris. 

Bagaimanapun IOC telah membuat penjelasan bahawa persembahan itu dilakukan secara percuma tanpa bayaran dan merupakan persetujuan daripada pihak Celine Dion sendiri.

Ia merupakan persembahan sulungnya selepas berehat panjang susulan daripada penyakit 'Stiff Person Syndrome (SPS)' yang dialami sejak tahun 2022.

Advertisement

Must Watch Video