OLIMPIK PARIS
Paris 2024: SAM bakal jaga kebajikan wartawan
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia sedia membantu setiap ahli yang bertugas di Paris untuk temasya Sukan Olimpik, jika menghadapi sebarang kesulitan.
Antara yang mencetus kebimbangan pengamal media di edisi ke-48 temasya terulung itu termasuk protes politik yang dilakukan rakyat Paris baru-baru ini.
Timbalan Presiden SAM Izhar Atan yang ditemui di satu majlis penyerahan kit media anjuran bersama SAM dan Allianz Malaysia, bagaimanapun berharap keselamatan ahlinya terjaga.
Iklan
"Saya bagi pihak SAM ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berhati-hati, harap-harap dapat buat liputan yang terbaik.
"Dalam masa yang sama yang sama kita tahu ada desas-desus mengatakan bahawa penduduk Paris cuba memboikot Sukan Olimpik Paris tetapi saya rasa ianya tidak akan terjadi harap-harap.
"Alhamdulillah KOM akan memastikan kita punya ahli-ahli, atlet-atlet, kita punya wartawan berada dalam keadaan baik dan selamat.
"Kami akan sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di Paris dan juga dalam masa sama SAM pun juga mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian Belia dan Sukan mahupun KOM jadi kami akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada mereka ataupun perkembangan daripada mereka, sama ada ahli SAM yang bertugas di sana berada dalam keadaan selamat.
"Kami akan cuba hulurkan bantuan jika terdapat apa-apa masalah untuk ahli SAM yang bertugas di sana.
"Saya harap mereka dapat buat liputan secara terbaik dan komprehensif dan dalam masa yang sama rakyat Malaysia dapat emas pertama buat negara.
Must-Watch Video