OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Robert Ballard harap atlet terpilih akan beri persembahan terbaik
'Pergi ke sana dan beri aksi terbaik', Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, menitip pesanan kepada pelari yang akan membawa cabaran negara di Sukan Olimpik Paris Julai ini.
Kesatuan Olahraga Malaysia dijangka umum pilihan utama ke Olimpik Paris dalam masa 24 jam sejerus itu akui akan persiapkan atlit-atlit menjelang Olimpik Paris!???#NadiArena #AstroArena #OlimpikParis2024 #GoforGold pic.twitter.com/6iG3u56G5d— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 26, 2024
Difahamkan, jaguh pecut, Azeem Fahmi, jadi pilihan untuk mengisi slot universal ke Paris hasil keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa pemilihan atlet KOM pada Selasa.
Mesyuarat pada Selasa dipengerusikan oleh presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim, dengan pemilihan seorang atlet ke Sukan Olimpik Paris jadi topik utama membabitkan Azeem atau Shereen Samson Vallabouy.
Iklan
Ia susulan dua pelari itu terlepas tiket layak secara merit menerusi had kelayakan mahupun kedudukan ranking di Terbuka Kazakhstan minggu lalu yang menjadi kejohanan terakhir kelayakan untuk mereka layak secara automatik.
Lantas, hanya slot universal atau sebelum ini dikenali sebagai wild card jadi rebutan dengan Azeem mempunyai kelebeihan memandangkan tiket itu ditawarkan hanya untuk acara 100meter, 800meter atau maraton.
Apa pun, KOM dijangka membuat pengumuman rasmi berubung perkara ini dalam tempoh 24 jam sejurus atlet berkenaan selesai menjalani ujian perubatan.
Pada temasya Sukan Asia Hangzhou, Azeem melakukan larian sekitar 10.20 saat dan mencatat 10.11 saat pada aksi final untuk meraih gangsa.
Namun, motivasi dan fokus Azeem yang memegang rekod kebangsaan dengan 10.09 saat sudah pasti berbeza apabila beraksi di Paris apatah lagi ia bakal menjadi penampilan sulungnya di temasya teragung itu.
Must-Watch Video