Paris 2024: Ridean Masdor teruja promosi muay thai di Club France
Najmi Iman
Ogos 6, 2024 01:29 MYT
Ogos 6, 2024 01:29 MYT
Jaguh muay thai negara, Mohammad Rifdean Masdor, teruja apabila dijemput oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA) ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk mempamerkan kemahiran di Club France bersama 23 atlet dari negara berbeza dalam mempromosi sukan tersebut menjelang edisi seterusnya di Los Angeles 2028.
Secara rasminya dalam sejarah menyaksikan sukan muay thai menampilkan demonstrasi di temasya berprestij itu sekali gus memberikan sinar baru untuk melihat sukan tempur disenaraikan sebagai acara baru dalam kejohanan empat tahun sekali tersebut.
Jaguh Muay Thai Negara, Muhammad Rifdean Masdor teruja dijemput ke Paris untuk promosi Sukan Muay Thai menjelang Los Angeles 2028! ???#SukanOlimpik #Paris2024 #100Plus #KitaSemuaTeamMAS #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/kHJvKQozDu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun beraksi sebagai acara pertunjukan, jurulatih negara, Bernard Radin, menganggap itu merupakan motivasi terbaik buat anak buahnya untuk menonjolkan kemampuan sebenar menyumbang kilauan pingat emas jika tersenarai dalam edisi seterusnya.