Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Ratu pecut Jamaica terlepas separuh akhir kerana tidak menaiki bas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shelly-ann-fraser-pryce,.jpg
Ketiadaan juara dua kali 100 meter wanita dari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce, menyelubungi kelayakan separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi. 

Dalam tiga sesi kelayakan itu, pencabar terdekatnya seperti juara dunia dari Amerika Syarikat (AS), Sha'Carri Richardson, dan atlet taruhan St Lucia, Julien Alfred, Melissa Jefferson (AS), Tia Clayton (Jamaica) dan masing-masing mengisi lapan tempat dalam final sebentar lagi.

 


Shelly-Ann, 37, dan Sha'Carri berdepan kontroversi berikutan dihalangan daripada memanaskan badan di tempat yang diperuntukkan atas peraturan setiap peserta perlu menaiki bas pasukan.

Kemas kini melaporkan Shelly-Ann menarik diri akibat masalah hamstring. 

 

Advertisement

Must Watch Video