Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Quan Hongchan, Chen Yuxi sah duo berbisa!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

66aa10f0a3104e74e4a6c444.jpeg
Gandingan penerjun nombor satu dunia, Chen Yuxi dan Quan Hongchan menepati ramalan selepas berjaya membutirkan kilauan emas buat kontinjen China dalam acara terjun seirama 10 meter platform wanita.

Duo China yang sememangnya terkenal dengan dominasi acara terjun itu merekodkan jumlah 359.10 meninggalkan penerjun Korea Utara, Jo Jin Mi dan Kim Mi Rae yang mencatat 315.90 mata.

Sementara tempat ketiga disambut dengan tangisan kelegaan daripada penerjun Great Britain, Spendolini Siriex Andrea dan Toulson Lois yang cukup berpuas hati dengan jumlah 304.38 mata.

Ia sekaligus menyaksikan terjunan keempat dengan darjah kesukaran 3.2 merupakan terjunan yang menyumbang mata tertinggi buat duo berbisa itu.

Advertisement

Must Watch Video