Dua pencabar utama Azeem Fahmi di rantau Asia Tenggara, Puripol Boonson dan Lalu Muhammad Zohri, sah akan mengambil bahagian dalam acara 100 meter Sukan Olimpik Paris yang bermula 26 Julai depan.
Dua hari lalu, pelari Thailand berusia 18 tahun, Puripol, meraih tempatnya dalam temasya itu biarpun tidak melepasi catatan kelayakan, 10.00 saat.
Dia merekodkan 10.23 saat dalam Memorial Kazanoff Meoperial Ke-23 di Almaty dua minggu lalu untuk tersenarai selepas menduduki ranking ke-45 daripada 56 peserta.
Dalam masa sama, pelari sensasi Indonesia, Lalu, juga akan mengambil bahagian selepas menerima kuota daripada Persekutuan Olahraha Indonesia (PASI).
Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada malam ini dijangka akan mengumumkan sama ada memilih Azeem atau atlet wanita, Shereen Samson Vallabouy, untuk mengibarkan cabaran di Paris kelak.
Azeem terlepas tiket kelayakan merit selepas mencatat 10.37s dalam percubaan terakhirnya di Kazakhstan, manakala Shereen perlu menyertai acara di luar kegemarannya iaitu 100m atau 800m.
Jadi siapakah pilihan pembaca untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 kelak? Jom undi:

2⃣4⃣ HARI LAGI MENJELANG PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK ?
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 2, 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) malam ini dijangka mengumumkan atlit mengisi slot universal ke Sukan Olimpik Paris!
Anda rasa siapa pilihan KOM? ???