Paris 2024: Perjalanan Izzah Izzati dalam acara pecut berakhir

Saufi Tahir
Ogos 9, 2024 22:00 MYT
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, tewas dalam pusingan repechage acara pecut individu wanita saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional, Perancis sebentar tadi.
Dia menamatkan repechage di kedudukan kedua walaupun telah memberikan saingan sengit untuk mengejar tetapi pusingan itu dimenangi oleh wakil dari Kanada, Lauriane Genest, dengan catatan masa 10.986 secara keseluruhannya.

Last push, Izzah hampir mengejar tetapi terpaksa akur tamatkan repechage di kedudukan kedua di bawah Genest Lauriane dari Kanada sekaligus gagal mara ke pusingan seterusnya. Good fight Izzah ???? @ASTROARENA #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/w07UhlOl3w

— Fariha Razak (@farihaarazak) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala, Riyu Ohta dari Jepun berada di kedudukan ketiga.
#Berbasikal #Trek #Paris 2024 #Izzah Izzati',
;