OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Pergerakan angin cabaran utama Khairulnizam Afendy

Ammar Hakim 31/07/2024 | 10:23 MYT
Pelayaran berpengalaman negara, Khairulnizam Afendy, melihat pergerakan angin di Marina Marseille sebagai cabaran utama pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Dia mengakui situasi itu menyukarkannya membuat jangkaan biarpun sudah melakukan latihan rasmi selama enam hari di venue itu bermula 20 Julai lalu.
Sementara itu, Khairulnizam tampak mengharapkan tuah untuk tampil lebih baik pada penampilan keempatnya di pentas Sukan Olimpik menerusi kehadiran keluarga buat pertama kali.
Menduduki ranking ke-16 dunia, Khairulnizam akan memulakan cabaran dalam acara ilca 7 esok di Marina Marseille yang terletak jauh dari bandar Paris menuju ke laut mediterranean.
"Tiga Olimpik sebelum ini saya tidak berpeluang untuk membawa keluarga disebabkan kekangan kewangan dan di Sukan Olimpik Tokyo pula tidak boleh bawa kerana pandemik Covid-19. Alhamdulillah, kali ini ada rezeki lebih saya dapat bawa ahli keluarga saya untuk menyaksikan saya beraksi dalam perlumbaan. Insyaallah saya akan buat yang terbaik"
#Pelayaran #Khairulnizam Afendy #Paris 2024 #Sukan Olimpik Paris 2024
;