Pengorbanan dan atlet berpisah tiada, Demi satu slot ke Sukan Olimpik Paris, dua atlet angkat berat negara sekali lagi akan membuat pengorbanan besar demi negara.
Aznil Bidin mahupun Aniq Kasdan memilih untuk memenuhi tuntutan latihan yang lebih serius apabila bakal menjalani latihan di Surabaya, Indonesia bermula 15 Mac sehingga penghujung April.
Beraya di perantauan sudah menjadi kebiasaan buat kedua dua atlet itu namun apa yang dikejar kali ini adalah satu slot ke pentas Sukan Olimpik sahaja yang ditetapkan.
"Tekanan masih ada kerana saya menyasarkan pingat di Sukan Olimpik. Berdasarkan angkatan 295 kilogram saya sudah berada dalam kedudukan pingat," kata Aznil.
"Buat masa ini, saya kekal dengan perancangan jurulatih untuk kekal konsisten."
Sementara itu, Aniq sekali lagi terpaksa menangguh pengajiannya demi memberi laluan merebut slot ke Olimpik.
Walaupun ia tampak mustahil buat Aniq yang akan beraksi dalam kategori berbeza, dia menganggap misi merebut slot adalah misi negara yang perlu dipenuhi tidak kira siapa yang layak berada dalam lima terbaik Asia Mei ini.
"Membuat persiapan di luar negara memberikan satu suasana yang berbeza sekaligus meningkatkan kualiti dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik merupakan sesuatu yang tidak mustahil," kata Aniq.