OLIMPIK PARIS

Paris 2024: Pengalaman sebagai atlet senior mampu butir emas pertama Azizul -- Rizal Tisin

Stadium Astro
Zaki Zainal
18/07/2024
10:22 MYT
Sponsor Banner
Paris 2024: Pengalaman sebagai atlet senior mampu butir emas pertama Azizul -- Rizal Tisin
Olimpian berbasikal negara Rizal Tisin anggap penampilan Datuk Azizul Hasni Awang di Olimpik Paris ibarat menunggu masa persembahan sahaja.
Segala-galanya sudah siap selain status Azizul sebagai atlit senior di kalangan 27 atlit lain, pencarian emas pertama Olimpik dalam tanggungjawab Azizul sendiri.
Baik dari segi pengalaman, pelbagai situasi telah di lalui Azizul, merujuk kepada kondisi kesihatan yang hampir menamatkan kariernya 2 tahun lalu, selain insiden tusukan kayu pada 2011 undang pelbagai reaksi dari semua pihak.
Kekuatan mental Azizul bukan biasa biasa -- dengan kapasiti atlit berprestasi tinggi rizal yakin Azizul sudah 100 peratus dari segala segi.
"Dia tahu ke mana dia nak pergi, dia tahu apa yang dia nak buat, dia tahu apa dia nak capai jadi mungkin Olimpik kelima ini dia punya sasaran sebab dia tak dapat lagi apa yang dia mahukan sebelum ini iatu emas.
"Walaupun ada pengalaman tentang jantung sebelum ini, tapi saya yakin ianya sendiri tidak akan menghalang dia untuk capai apa yang dia mahu.
"Perbezaan antara yang lain dengan dia adalah motivasi, selepas itu dia punya sasaran emas dan dia punya impian.
Pertumbuhan kecemerlangan Azizul di depan mata Rizal sendiri.
Sebagai senior dan pernah sama-sama beraksi di Olimpik Beijing 2008, Rizal dapat ramal dari awal lagi, kelainan yang ada pada Azizul mampu cipta sejarah baru buat negara di Sukan Olimpik kali ini.
"Saya dengan dia pada 2006 (Kejohanan Asia), dia junior dan saya elit. Saya menang keirin dia pun menang juga waktu itu dan sewaktu itu kita dah boleh nampak dah.
"Dia punya kelebihan dan latar belakang pelajaran dia pun bagus, dia punya perilaku (biasa waktu remaja nakal itu adalah normal), tapi bila dia dalam perlumbaan dan dalam mood sebagai seorang atlet dia sudah jadi lain.
"Dari situ kita dah nampak dan apabila kita ke Melbourne saya satu bilik dengan dia dan berlatih sama dengan dia susah nak kejar disiplin yang dia aturkan buat diri dia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video